Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru dibawah mereka, termasuk pengenalan tablet iPad Air 2 dan juga iPad Mini 3. Bersama-sama dengan pengenalannya, Apple turut telah mengemaskini harga jualan untuk peranti sedia ada, menjadikan ia lebih murah berbanding sebelumnya.

iPad Mini yang telah diperkenalkan lebih kurang dua tahun lepas masih diteruskan jualan oleh Apple buat masa ini, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM799 untuk versi WiFi 16GB. Untuk iPad Mini Retina pula ia kini ditawarkan pada harga bermula RM969 untuk versi WiFi 16GB berbanding pengenalannya pada tahun lepas yang berharga RM1279.

iPad Mini Retina

Selain iPad Mini, pihak Apple turut telah mengemaskini harga jualan untuk iPad Air, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM1279, berbanding pengenalannya pada tahun lepas yang berharga RM1599.

Sekiranya anda seorang pelajar, anda boleh mendapat lebih potongan, dimana iPad Mini dijual pada harga RM769, ipad Mini 2 pada harga RM899 dan iPad Air pada harga RM1209.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd