Cari @ Amanz

Seperti mana yang tertiris sebelum ini, hari ini pihak HTC secara rasminya telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka memfokuskan pengimejan, dimana hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 13-megapixel.

Dinamakan sebagai HTC Desire Eye, ia hadir dengan pengoptimasian kamera terkini daripada HTC dengan beberapa fungsi khusus untuk rakaman selfie, rakaman menggunakan kamera hadapan dan belakang pada masa yang sama, serta beberapa fungsi yang lain.

HTC Desire Eye

HTC Desire Eye

HTC Desire Eye

HTC Desire EYE hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB.

Pihak HTC turut melengkapkan peranti ini dengan beberapa sokongan popular mereka, termasuk dwi-speaker pada bahagian hadapan melalui HTC BoomSound, dan turut hadir dengan sokongan kalis air.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak HTC akan membawa masuknya ke pasaran Malaysia, dan sama ada pengenalan peranti ini akan memberikan kesan kepada penawaran HTC Desire 820 ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd