Cari @ Amanz

iPhone 6 dan Samsung Galaxy Alpha adalah dua peranti terkini yang mempunyai sistem pengimbas cap jari terbina. Sistem ini dikatakan adalah yang paling  sukar dipintas fungsi keselamatannya. Jika anda mahukan fungsi keselamatan yang sama untuk rumah anda kini ada iFingerLock. Mangga ini  adalah mangga pertama yang mempunyai pengimbas cap jari terbina di dunia. Kini anda tidak lagi perlukan kunci untuk membuka mangga pintu. Setiap iFingerLock mampu menyimpan dan mengenalpasti 10 cap jari pada satu-satu masa. Ia menggunakan dua bateri AAA sebagai punca kuasa dan sekiranya bateri hampir habis ia akan berkelip memberi amaran. Apabila bateri habis jangan risau kerana cap jari yang disimpan tidak akan terpadam. Apakah terjadi sekiranya ia gagal mengesan cap jari akibat kerosakan pada pengesan? Terdapat dongle USB yang disertakan untuk situasi sebegini. Kelemahan iFingerLock ialah ianya tidak kalis air dan mangga ini hanya boleh digunakan di kawasan tertutup.

iFingerLock

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd