Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih bahgian peranti Nokia, sekaligus membawa pasukan disebalik peranti Lumia, Asha dan sebagainya ke Microsoft. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat akan memfokuskan kepada penjenamaan semula produk dan laman sosial disebalik Nokia.

Lumia 930

Sebelum ini, pihak Microsoft telah pun mula mengubah destinasi laman Nokia.com ke laman dibawah domain Microsoft. Kini, Microsoft dilihat akan menjenamakan akaun sosial Nokia kepada jenama “Microsoft Lumia”.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, malah mungkin ramai peminat Nokia yang telah menjangkakan perkara ini selepas pengambil-alihan oleh Microsoft.

Jenama Lumia sedia terkenal dengan penawaran peranti Windows Phone, dan dengan perubahan ini pihak Microsoft dilihat tidak lagi akan menyertakan nama “Nokia” pada peranti keluaran baru mereka, sebaliknya memfokuskan kepada hanya Lumia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd