Cari @ Amanz

Jolla merupakan salah satu pengeluar peranti pintar, yang mana hadir dengan peranti berasaskan sistem operasi Sailfish. Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna mendapatkan idea berkenaan sistem operasi mereka, sebelum ini mereka telah memperkenalkan sebuah launcher khusus untuk Android.

Jolla Stella

Kini, mereka dilihat turut bekerjasama dengan Rovio, dan hadir dengan sebuah launcher Sailfish dengan bertemakan Angry Birds Stella, dan ditawarkan untuk pengguna Android.

Apa pun, launcher ini dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna di China, dan ia hanya diterbitkan pada kedai aplikasi Taobao dan UC sahaja buat masa ini. Mereka mengatakan akan menawarkan ia di Google Play Store tidak lama lagi.

Angry Birds Stella Launcher ini menyokong peranti Android 4.3 (dan terkini), saikz skrin antara 4-inci ke 5.5-inci, dan memori 2GB RAM dan ke atas.

Melalui launcher ini, pihak Jolla menawarkan tema bersempena dengan permainan Angry Birds Stella, dan ia turut hadir dengan sebuab nada dering khusus, serta akses kepada ToonsTV dengan hanya swipe ke kiri.

Dengan pengenalan ini, mungkinkah kita akan melihat pihak Jolla bekerjasama dengan pelbagai pengeluar lain untuk hadir dengan launcher bertemakan produk atau animasi mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd