Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana para pengguna tempatan yang menggunakan tablet Asus Fonepad 7 (FE170CG) sudah boleh mengemaskini peranti mereka kepada kemaskini Android 4.4 KitKat serta menikmati beberapa fungsi baru yang disertakan.

Asus FonePad KitKat

Beberapa perkara yang hadir adalah termasuk sokongan menetapkan aplikasi permesejan utama, kemaskini kecil pada antaramuka, dan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna yang menggunakan Asus Fonepad 7 (FE170CG), anda boleh memuat-turunnya secara automatik dengan menyemak ia di halaman tetapan, About > System Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd