Carian
Mac Mini Menerima Kemaskini – Kini Dijual Bermula Harga RM1599
October 17, 2014 Aman

Dengan pengenalan iPad dan iPhone setiap tahun, boleh dikatakan Mac Mini tidak menerima sebarang kemaskini untuk sekian lama. Namun, pada acara kali ini, pihak Apple turut memberikan perhatian untuknya dan mengemaskini ia dengan beberapa spesifikasi baru.

Mac Mini 2014

Mac Mini baru hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i5, memori sebanyak 4GB, dan ruangan storan 500GB, selain dilengkapi sokongan grafik daripada Intel.

Semua Mac Mini baru ini dijual menggunakan OS X Yosemite, dan turut hadir dengan penawaran menaik-taraf spesifikasi dari segi pemprosesan, memori, ruangan storan dan juga grafik.

Mac Mini dijual pada harga RM1599, dan boleh di tempah melalui Apple Store hari ini.

Mac Mini 2014

Komen