Cari @ Amanz

Mozilla hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web desktop mereka, Firefox, dimana ia kini dikemaskini kepada versi 33 dan menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Menjadi fokus utama pada kemaskini ini adalah penggunaan OMTC (Off Main Thread Compositing), dimana ia membolehkan pengguna melayari web dengan lebih lancar, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga dan memori yang rendah. Fungsi ini hanya diaktifkan pada versi Windows sahaja buat masa ini.

Pada masa yang sama, ia kini menyertakan pemalam untuk menyokong H.264 secara terbina, sekaligus membolehkan video HTML5 dimainkan tanpa masalah pada Firefox.

Beberapa perubahan lain termasuk sokongan JavaScript yang lebih pantas pada Firefox, dan beberapa kemaskini sekuriti yang lain.

Pengguna yang menggunakan pelayar web Firefox akan menerima kemaskini ini secara automatik, sementara pengguna baru boleh memuat-turunnya secara percuma untuk desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd