Cari @ Amanz

Kita mungkin tidak berpeluang untuk planet ke-empat daripada Matahari, iaitu Marikh kerana kos dan pelbagai perkara lain. Namun, kini anda berpeluang untuk menghantar nama anda ke planet tersebut.

Perkara ini dibawakan oleh NASA, dimana mereka kini memberikan peluang untuk semua orang mengabadikan nama bersama-sama misi pertama Orion mereka kelak. Nama yang dikumpulkan oleh NASA ini kelak akan disertakan pada sebuah mikrocip bersaiz kecil.

NASA Tiket Kapal

Misi kapal angkasa Orion ini untuk permulaan akan diuji dengan mengorbit mengelilingi Bumi, sebelum kembali semula ke lautan Pasifik. Namun, NASA mengatakan pada suatu hari kelak, mereka akan menghantar Orion ke Marikh, dan nama yang dikumpulkan ini akan dihantar ke sana melalui mikrocip tersebut.

NASA akan mengumpulkan nama melalui laman khas mereka sehingga 31 Oktober kelak, dimana perkara ini juga turut berfungsi sebagai promosi mereka untuk membolehkan lebih ramai mengetahui mengenai misi Orion ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd