Cari @ Amanz

Microsoft pada tahun ini telah menambah beberapa pengeluar baru yang hadir dengan Windows Phone, dan terkini pihak OnePlus dikatakan sedang mempertimbangkan untuk hadir dengan peranti Windows Phone.

OnePlus dilaporkan telah pun bertemu dengan pihak Microsoft, dan dikatakan sedang mempertimbangkan untuk hadir dengan peranti berasaskan Windows Phone ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, nama OnePlus telah menjadi perbualan ramai, disebabkan penawaran peranti berspesifikasi tinggi pada harga rendah, disamping turut hadir dengan CM11s. Ia tidak diketahui sama ada mereka hanya akan menggantikan sistem operasi seperti yang dilakukan oleh HTC pada One M8, ataupun bakal hadir dengan sebuah peranti baru sepenuhnya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sama ada pihak OnePlus bakal hadir dengan peranti Windows Phone, ataupun sebaliknya.

  • Amaran
  • Kemaskini : OnePlus telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka telah bertemu dengan pihak Microsoft berkaitan dengan Windows Phone. Tetapi buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan pembangunan peranti Windows Phone
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd