Cari @ Amanz

Mungkin untuk menyelarikan penggunaan angka “6”, kini dilihat iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus akan ditawarkan di Malaysia bermula 6 November kelak, sehari lebih awal daripada apa yang dilaporkan sebelum ini.

Perubahan tarikh ini telah disahkan oleh pihak DiGi dan juga Maxis. Apa pun, tarikh pra-tempahan akan masih kekal bermula daripada 31 Oktober untuk kedua-dua syarikat telekomunikasi ini.

Seperti semua sedia maklum, iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus merupakan telefon pintar baru daripada Apple, membawakan skrin dalam variasi pilihan 4.7-inci dan 5.5-inci, selain dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel, dan sokongan TouchID. Harga jualan untuk kedua-duanya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd