Cari @ Amanz

Boboiboy merupakan salah satu animasi popular di Malaysia, yang mana dibangunkan oleh Animonsta. Kini, hari ini bersempena dengan Pameran Inovasi Kebangsaan 2014, salah seorang pembangun memperlihatkan permainan Boboiboy untuk Kinect, dinamakan sebagai “Kinect Boboiboy”.

Kinect Boboiboy

Kinect Boboiboy

Kinect Boboiboy

Melalui permainan ini, ia boleh dimainkan oleh dua orang ataupun oleh seorang pemain. Seperti biasa, anda boleh melakukan beberapa aksi dan mengawal watak permainan dengan gerakan pemain.

Bercakap mengenai permainan ini, ia dikatakan masih lagi dalam proses perbincangan dengan pihak Animonsta, dan tidak diketahui bilakah akan dikomersialkan kepada umum – apatah lagi dengan pihak Microsoft masih belum melancarkan konsol Xbox untuk pasaran Malaysia sehingga kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd