Cari @ Amanz

Razer-Leviathan-Desktop-Set-up

Razer ialah pengeluar perkakasan komputer yang ternama. Jenama ini sangat di dalam arena penghasilan tetikus dan fon kepala berkualiti tinggi yang digunakan oleh pemain komputer profesional. Dengan Razer Leviathan mereka kini memasuki arena penghasilan pembesar suara berkualiti tinggi. Razer Leviathan ialah sistem pembesar suara 5.1  yang bukan sahaja sesuai digunakan pada komputer anda malahan juga sesuai digunakan di ruang tamu sebagai pembesar suara konsol dan pemain audio visual. Sistem audio ini mempunyai dua komponen utama iaitu sebuah soundbar dan sebuah subwoofer. Di dalam soundbar terdapat empat pembesar suara yang menghasilkan bunyi surround. Soundbar ini boleh dilaraskan tenggekannya mengikut kehendak pengguna. Subwoofer sebesar 5.25″ berasingan pula memberikan dentuman bass yang menggegarkan ginjal pendengar. Teknologi Dolby® Virtual Speaker Dolby® Digital (AC-3)  dan Dolby® Pro Logic® II digunakan bagi memberikan kepuasan halwa telinga secukupnya. Dari segi input pula Leviathan menyokong sambungan analog, optikal dan tambatan Bluetooth.  Kepada pengguna peranti pintar selain Apple, tambatan automatik menggunakan teknologi NFC turut disertakan sekali. Bagi memudahkan penggunaan, tiga tetapan audio untuk memainkan muzik, filem dan permainan komputer sudah dilakukan oleh pihak Razer. Proses pra tempahan boleh dilakukan sekarang di Razerzone. Pembesar suara ini akan memasuki pasaran bulan hadapan dengan harga saranan RM 689 sebuah.

Razer-Leviathan-Subwoofer

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd