Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy Note 4, pihak Samsung Malaysia turut sama melancarkan jam tangan pintar mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Gear S. Berbeza dengan jam tangan pintar Samsung sebelum ini, Gear S hadir dengan skrin yang sentiasa menyala, disamping turut menyertakan skrin yang melengkung.

Pada masa yang sama, salah satu perkara menjadi fokus utama pada Gear S adalah sokongan ruangan kad-SIM. Peranti ini menggunakan kad-SIM bersaiz nano, dan perkara ini membolehkan pengguna untuk membuat panggilan, atau membalas mesej terus menggunakan Gear S.

Samsung Gear S

Samsung Gear S

Samsung Gear S turut hadir dengan sistem operasi berasaskan Tizen, dan dilengkapi beberapa sensor – membolehkan anda menggunakan S-Health, bersenam dan sebagainya. Gear S turut hadir dengan sensor tambahan untuk UV, yang mana membolehkan anda mengetahui keadaan cahaya matahari di luar, dan juga sokongan sensor menilai kadar denyutan jantung. Pihak Samsung juga sedia bekerjasama dengan beberapa pembangun lain dalam menawarkan aplikasi khusus untuk Gear S, sebagai contoh HERE Maps daripada Nokia.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu. Fungsi Power Saving Mode turut disertakan untuk membolehkan anda menggunakan jam tangan pintar ini untuk masa yang lebih lama, selain pada masa yang sama ia turut hadir dengan sebuah Portable Charger (PowerBank) khusus untuknya.

Samsung Gear Circle

Melengkapkan jam tangan pintar ini adalah sebuah aksesori tambahan dinamakan Gear Circle. Samsung Gear Circle ini membolehkan pengguna untuk menjawab panggilan, atau mendengar lagu menggunakannya.

Di Malaysia, Samsung Gear S akan dijual pada harga RM1099 di Malaysia. Gear Circle pula akan dijual pada harga RM299.

Sedang dikemaskini…

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd