Cari @ Amanz

Dengan rangkaian 4G LTE yang telah mula diimplementasikan pada pelbagai lokasi secara berperingkat, dunia teknologi telah beralih ke peringkat seterusnya – iaitu rangkaian 5G. Pelbagai pihak telah membincangkannya dan dalam proses membangunkan rangkaian tersebut dan dijangka akan digunakan sekitar tahun 2020 kelak.

Samsung turut tidak ketinggalan dalam membangunkan rangkaian 5G, dan terkini mereka berkongsi ujian awal yang telah berjaya dilakukan oleh mereka.

Melalui ujian yang dilakukan, pada keadaan pegun atau tanpa bergerak, kelajuan menggunakan rangkaian 5G ini dilihat mencapai sehingga 7.5Gbps ataupun pada kelajuan 940MB sesaat.

Selain daripada keadaan pegun, pihak Samsung turut mengujinya ketika bergerak, dimana pada kelajuan kenderaan 100km/j, mereka mendapat kelajuan rangkaian tanpa gangguan pada kadar 1.2Gbps atau 150MB sesaat.

Perkara ini boleh dikatakan sebagai ujian awal pihak Samsung, dan semestinya pelbagai ujian lain akan dilakukan sebelum ia diperkenalkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd