Cari @ Amanz

Desas-desus sebelum ini mengatakan yang mana Samsung mungkin memperkenalkan kemaskini Android L kepada pengguna Galaxy S5 dan Note 4 seawal November atau Disember tahun ini. Lanjutan daripadanya, kini sebuah video hadir daripada SamMobile, memperlihatkan versi pembangunan TouchWiz versi Android “L” digunakan pada Galaxy S5.

Secara kasarnya, paparan antaramuka TouchWiz dilihat tidak jauh berbeza berbanding versi sedia ada. Sebaik sahaja memulakan peranti, paparan notifikasi Android “L” yang baru diperlihatkan, selain mana kebanyakkan aplikasi turut dioptimasikan untuk rekaan Material Design – dimana ia termasuk aplikasi Messenger, kalendar dan sebagainya.

Aplikasi dialer turut dilihat menerima kemaskini, selain pada beberapa bahagian lain, termasuk jam, memo, pemain muzik, album dan sebagainya.

Menurut SamMobile, versi pembangunan awal TouchWiz ini masih mempunyai beberapa pepijat, dan tidak begitu stabil buat masa ini. Namun, perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi – apatah lagi pihak Google sendiri masih belum melancarkannya secara rasmi. Apa yang pasti, dengan perkembangan positif ini, mungkin kita akan dapat melihat pengenalan Android L kepada pengguna Galaxy S5 dan Galaxy Note 4 lebih awal berbanding pengenalan kemaskini kepada peranti flagship mereka yang mengambil masa beberapa bulan sejak pengenalan versi Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd