Carian
Vertu Aster : Peranti Mewah Dengan Teknologi Kamera Hasselblad
October 3, 2014 Effi Saharudin

Vertu-Aster-2

Apakah peranti premium bagi anda? Bagi insan marhaen makan gaji seperti kami peranti premium ialah yang mempunyai spesifikasi dengan bahan binaan aluminium. Samsung Galaxy Alpha, Xperia Z3 dan HTC One M8 ialah peranti yang jatuh kedalam kategori premium kami. Bagi yang menggemari produk Apple pula iPhone 6 adalah peranti premium. Tetapi sekiranya anda tergolong di dalam kategori golongan berada peranti keluaran Vertu adalah yang paling premium yang boleh anda miliki. Vertu Aster bukan sahaja premium dari segi spesifikasi tetapi ianya juga premium dari segi bahan buatan. Peranti Android ini mempunyai kerangka yang diperbuat daripada logam titanium yang biasanya digunakan di dalam industri aeroangkasa. Dengan titanium anda tidak perlu risau peranti ini akan membengkok seperti peranti buah. Aster juga didatangi dengan pelbagai kemasan eksotik seperti kulit anak lembu dan ular Karung Asia Tenggara. Butang fizikal diperbuat daripada delima dan panel skrin nilam. Terdapat juga sistem audio stereo yang diperhalusi oleh Dolby Digital Plus dan bantuan teknologi kamera daripada Hasselblad. Dari segi spesifikasi ia diperkasakan pemproses 2.3 GHz empat teras Snapdragon 801, muatan dalaman 64 Gigabyte, kamera utama 13 Megapixel dan skrin HD penuh 4.7″. Harga peranti bermula dari RM 22 000 sebuah. Ini sememangnya peranti premium sebenar.

Vertu-Aster-1

 

 

Komen