Cari @ Amanz

Vine merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kebolehan berkongsi video selama 6 saat. Ramai pengguna sering hadir dengan video-video kreatif melaluinya, dan ia mempunyai pengguna tegarnya tersendiri.

Vine iOS

Terkini, pihak Vine dilihat membawa penggunaan saluran pada perkhidmatan tersebut setapak kehadapan, dengan membolehkan pengguna mengikuti saluran tersebut dan melihat kemaskininya pada garis masa.

Fungsi saluran telah diperkenalkan sebelum ini pada Vine, memudahkan pengguna menonton video-video menarik mengikut kategori seperti komedi, haiwan, sains, dan sebagainya. Pengenalan fungsi “Follow” untuk saluran ini sekaligus memudahkan pengguna mengikuti topik kegemaran mereka tanpa perlu ke ruangan “Explore” seperti sebelum ini.

Buat masa ini, fungsi ini hanya ditawarkan pada iOS sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan hadir ke Windows Phone dan Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd