Cari @ Amanz

Nampaknya pada bulan ini, beberapa peranti baru Sony telah hadir ke pasaran tempatan. Selepas memperkenalkan Xperia E3 dan juga lensa-kamera QX1, kini Sony turut sama telah menawarkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, Xperia M2 Aqua untuk pasaran Malaysia.

Xperia M2 Aqua merupakan kemaskini kecil untuk Xperia M, dimana ia hadir dengan sokongan kalis air, selain turut menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 4.8-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400, dan menggunakan kamera belakang 8-megapixel.

Sony turut menyertakan sokongan lensa Exmor R dan kebolehan merakamkan gambar didalam air. Ciri-ciri lain seperti antaramuka Sony dan ketahanan bateri yang lama turut disertakan pada peranti ini.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM999, dan mungkin sekiranya anda mencari suatu peranti dengan sokongan kalis air, Xperia M2 Aqua merupakan salah satu pilihan yang terdapat dipasaran hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd