Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Acer Liquid Jade. Ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada Acer, dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan memfokuskan kepada produktiviti daripada Acer.

Acer Liquid Jade

Acer Liquid Jade merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan menggunakan cip pemprosesan 1.3Ghz. Acer melengkapkan peranti ini dengan sokongan nano-SIM dan hanya menawarkan sokongan rangkaian 3G sahaja.

Acer Liquid Jade

Acer membawakan antaramuka hampir menyerupai antaramuka asal Android, tetapi turut disertakan dengan beberapa fungsi khusus, termasuk sokongan BYOC (Build Your Own Cloud) untuk akses kandungan pada pelbagai saiz peranti dengan mudah. Disamping itu, beberapa fungsi baru yang turut dibawakan adalah termasuk kebolehan integrasi peranti terus ke komputer melalui fungsi yang dinamakan sebagai Acer Extend. Ia membolehkan anda mengakses peranti, aplikasi, memindahkan dokumen, membuat sync dan beberapa fungsi lain menggunakan komputer. Buat masa ini, Acer Extend memerlukan pengguna menghubungkan ia menggunakan kabel USB, tetapi mereka mengatakan akan membawa fungsi sokongan wireless tidak lama lagi.

Acer Extend

Acer Extend

Perkara ini, sekaligus memudahkan lagi produktiviti oleh para pengguna berbanding kebiasaan yang memerlukan pengguna untuk menyemak peranti sepanjang masa. Fungsi popular lain seperti Acer Float, Quick Mode, Float Caller, dan juga Acer Live Screen turut disertakan pada peranti ini.

Di Malaysia, Acer Liquid Jade ini akan dijual pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd