Cari @ Amanz

assassins-creed-unity-imagen-1-568x730

Berita mengejutkan buat peminat permainan keluaran Ubisoft hari ini. Pengeluar berpengkalan di Perancis ini mearik Assassin’s Creed Unity, Far Cry 4 dan The Crew dari stor atas talian Steam. Penarikan ini adalah mengejutkan kerana ianya kurang seminggu sebelum AC Unity mula dijual dan dua minggu sebelum Far Cry 4 menemui peminat. Tiada alasan rasmi diberikan tetapi spekulasi mengatakan ianya adalah kerana Ubisoft enggan menjual ketiga-tiga permainan yang sangat dinantikan ini pada harga yang murah. Umum diketahui Steam menjual permainan baru pada harga yang lebih murah dari pesaing. Pihak Ubisoft kini mengesyorkan pengguna yang mahukan ketiga-tiga permainan ini untuk membelinya di portal alternatif seperti Uplay dan Amazon. Sungguhpun tiga permainan ini ditarik penjualannya, permainan lain keluaran Ubisoft masih boleh dibeli. Sebagai pengguna yang kerap membeli permainan komputer (yang kemudian mereput di dalam cakera keras) menggunakan Steam penarikan AC Unity adalah yang paling mengecewakan kami. Kami berharap pihak Ubisoft dan Valve dapat duduk semeja dan menyelesaikan masalah ini kerana yang rugi adalah pengguna sendiri.

Capture

Sumber PCGamesN

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd