Cari @ Amanz

Chrome Reader ModeBeberapa pelayar web sedia membawakan fungsi sokongan memaparkan sesuatu web tersebut dalam mod hanya teks sahaja dipanggil “Reader Mode”. Kini, Google turut menguji fungsi yang lebih kurang sama pada pelayar web Chrome untuk Android mereka, memudahkan lagi pengguna untuk membaca sesuatu halaman web tanpa gangguan iklan dan grafik di sesuatu web.

Fungsi ini juga sekaligus memudahkan pengguna Chrome untuk Android membaca sesuatu web yang tidak dioptimasikan untuk peranti mudah-alih dengan mudah.

Fungsi eksperimental ini tidak diaktifkan, dan memerlukan pengguna untuk mengaktifkannya melalui chrome://flags.

Sebaik sahaja selepas aktifkan, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah ikon khas bersebelahan dengan tab, dan sebaik sahaja ia ditekan, ia akan memaparkan hanya teks dan grafik dalam kandungan sahaja.

Bagi anda yang ingin mencuba fungsi ini, boleh memuat-turun Chrome Beta untuk Android, dan menggunakannya dalam melayari web tanpa sebarang gangguan berlebihan.

Chrome Reader Mode

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd