Cari @ Amanz

Gorilla Glass 4Corning hari ini secara rasminya memperkenalkan Gorilla Glass 4, iaitu penggunaan kaca skrin yang lebih tahan lasak berbanding dengan versi sedia ada. Corning mngatakan Gorilla Glass 4 kukuh sehingga 2 kali ganda berbanding dengan pesaing mereka di pasaran hari ini.

Gorilla Glass sering digunakan pada pelbagai telefon pintar pada hari ini. Melalui Gorilla Glass 4, pihak Corning mengatakan mereka telah menguji kaca baru ini dengan pelbagai ujian jatuh seumpama penggunaan dunia-nyata, dan mereka dapati ia selamat dan tidak mengalami kerosakkan dalam hampir 80% ujian.

Corning akan memasarkan ia tidak lama lagi, dan mungkin kita akan dapat melihat peranti menggunakannya hadir ke pasaran bermula tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd