Cari @ Amanz

Evernote merupakan salah satu aplikasi mengkhususkan kepada pengambilan nota. Terkini, pembangunnya hadir dengan kemaskini untuk perisian desktop Evernote untuk OS X, membawakan antaramuka yang selari dengan antaramuka Yosemite.

Evernote Mac

Selain perubahan pada antaramuka, kini pihak Evernote turut menyertakan beberapa penambah-baikkan yang lain, termasuk kebolehan sync lebih 3 kali ganda pantas, membolehkan anda berkongsi nota tanpa perlu menantikan sync selesai sepenuhnya, selain turut lebih stabil berbanding sebelum ini.

Beberapa perkara lain yang turut disertakan adalah kebolehan menyunting jadual yang lebih baik, disamping kebolehan membuat carian nota menggunakan Spotlight.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd