Cari @ Amanz

Pada penghujung minggu lepas, pihak Apple telah mula menguji dan menerbitkan halaman khusus untuk iPad Air 2 dan juga iPad Mini 3 di Apple Store Malaysia. Kini, selang beberapa hari, pihak Apple dilihat telah mula menawarkan ia untuk dibeli melaluinya.

Melalui halaman Apple Store Malaysia, ia dilihat para pengguna tempatan boleh mendapatkan iPad Air 2 dan juga iPad Mini 3 dalam tempoh antara dua ke empat hari selepas tempahan.

iPad Air 2

Apple iPad Air 2 merupakan tablet bersaiz 9.7-inci daripada Apple, dilengkapi dengan cip pemprosesan A8X dan juga sokongan TouchID. iPad Mini 3 pula merupakan variasi bersaiz kecil pada saiz 7.9-inci dan turut menyertakan cip Apple A7 serta sokongn TouchID.

Kedua-dua model ini ditawarkan dalam pilihan saiz 16GB, 64GB dan juga 128GB. Harga untuk iPad Air 2 bermula daripada RM1599, sementara iPad Mini 3 pula bermula daripada RM1279.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd