Cari @ Amanz

Apple Malaysia dilihat telah mengemaskini halaman jualan untuk Apple iPad Air 2 di web rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan harga jualan untuk tablet berkenaan di pasaran Malaysia.

iPad Air 2 Malaysia

iPad Air 2 akan ditawarkan dalam tiga variasi warna (kelabu, perak, emas) dan juga tiga pilihan saiz storan (16GB, 64GB, dan juga 128GB). Dari segi harga yang disenaraikan, untuk versi WiFi, 16GB berharga RM1599, 64GB berharga RM1929 dan 128GB berharga RM2249. Untuk versi dengan sokongan selular pula, versi 16GB berharga RM2029, versi 64GB pada harga RM2349, dan juga versi 128GB pada harga RM2679.

Pihak Apple dilihat tidak lagi akan menawarkan versi 32GB seperti tahun lepas, dan struktur harga dikurangkan bagi versi 64GB dan 128GB, sementara versi 16Gb mengekalkan harga sama seperti iPad Air asal.

iPad Air 2 telah diumumkan oleh Apple pada bulan Oktober yang lepas, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, cip pemprosesan A8X 64-bit dan M8 Motion Processor, kamera belakang 8-megapixel iSight, kamera hadapan 1.2-megapixel, dan dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari TouchID. Melengkapkan sistem operasinya pula adalah iOS8 yang hadir dengan beberapa fungsi baru padanya.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah iPad Air 2 akan ditawarkan di Malaysia secara rasminya. Pihak Apple masih belum membuka jualan untuknya, dan mungkin ia masih lagi pada peringkat akhir sebelum ia mula dijual di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd