Cari @ Amanz

wavegate

iPhone 6 Plus ialah phablet pertama dari Apple dan nampaknya nasib malang peranti ini berterusan. Sebelum ini masalah badan peranti yang mudah bengkok menjadi bualan dunia teknologi. Penyelesaian yang dilakukan ialah menggalakkan pengguna supaya tidak meletakkannya di dalam poket atau menyarung sehelai skinny jeans.

Hari ini sebuah lagi masalah baru menghantui sebilangan kecil pemilik phablet mahal ini. Masalah yang dialami ialah video yang diambil kelihatan berombak dan gagal melakukan pemfokusan. Masalah dikatakan berlaku pada sistem penstabilan imej optikal (OIS)  pada kanta yang gagal berfungsi dengan baik. Beberapa pengguna juga melaporkan mendengar bunyi aneh dari lensa kamera apabila digunakan dan gambar yang dihasilkan menjadi kabur.

Berita baik di sini ialah seperti masalah #Bendgate, pihak Apple akan membaiki masalah peranti anda secara percuma selagi ianya masih di bawah waktu jaminan. Masalah-masalah yang menimpa iPhone 6 Plus semestinya membuatkan pemilik menjadi risau. Peranti ini adalah peranti phablet termahal di pasaran sekarang dan masalah sebegini sepatutnya tidak wujud bagi produk yang menjanjikan “kualiti premium”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd