Cari @ Amanz

Microsoft telah sedia mengumumkan yang mana mereka akan melakukan penjenamaan berperingkat untuk laman-laman sosial dibawah mereka, dan terkini, laman sosial Facebook untuk Nokia Malaysia telah pun dijenamakan semula, dan kini menggunakan nama Microsoft Lumia Malaysia.

Microsoft Lumia Malaysia

Penjenamaan ini selari dengan peralihan laman Nokia ke laman Microsoft, dan pengumuman Microsoft yang mana mereka akan menamakan peranti baru menggunakan jenama “Microsoft Lumia” dan bukannya Nokia lagi.

Microsoft sendiri dijangka akan memperkenalkan peranti pertama dibawah jenama Microsoft Lumia dalam masa terdekat ini.

Walaupun Nokia telah menjual bahagian peranti mereka, Nokia masih mempunyai beberapa perkhidmatan lain dibawah mereka, termasuk salah satunya adalah HERE Maps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd