Cari @ Amanz

Kerap kali kami melihat selepas berlakunya kemalangan pemandu terpaksa keluar dari kereta untuk melambai-lambai pemandu  lain untuk ke tepi. Ini bagi memberi amaran kepada pemandu dan menggelekkan kereta mereka disondol dari belakang . Ini bukan sahaja berbahaya tetapi kurang efektif di kawasan jalan gelap pada waktu malam. Alat pemantul cahaya tiga segi yang dibekalkan pada setiap kereta memerlukan anda keluar daripada kereta dan membuka ruang simpanan sebelum ianya boleh diletakkan pada permukaan jalan sebagai amaran kepada kenderaan lain. Ini juga sekali lagi berbahaya terutamanya jika anda memandu seorang diri. Apakah jalan penyelesaian yang mungkin boleh dilakukan?

led_car3

Bagi Huang Junxi,Ma Jincai dan Ding Dong, tiga pereka dari China jawapannya ialah sistem paparan LED terbina pada pengelap cermin belakang. Pelbagai amaran boleh dipaparkan pada sistem LED yang dipasang pada bilah pengelap. Apabila kecemasan berlaku sistem ini boleh diaktifkan dari dalam kereta tanpa pemandu perlu keluar dan meletakkan diri di dalam situasi bahaya. Selain digunakan pada waktu kecemasan, sistem paparan LED ini juga boleh digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain ketika memandu di dalam cuaca buruk. Sebuah idea yang menarik dan kreatif cuma ianya akan membuatkan bilah pengelap cermin menjadi mahal. Ianya juga terhad kepada kereta kompak yang mempunyai pengelap cermin belakang.

Sistem amaran kecemasan ini masih lagi sebuah konsep. Rasanya buat masa ini sekiranya anda berminat anda boleh menggunakan Drivemotion, sistem paparan LED yang dilekapkan pada cermin belakang.

led_ca-2

Sumber Yanko

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd