Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Mozilla telah memilih Yahoo! sebagai penyedia enjin carian utama mereka di Amerika Syarikat – menggantikan Google sebelum ini, selain turut membuat perubahan di beberapa negara lain. Dengan tahun 2015 yang menjelang tiba, kini satu lagi persoalan yang timbul adalah adakah Apple akan beralih daripada penggunaan enjin carian Google pada pelayar web mereka.

Menurut laporan awal, Yahoo! dan Microsoft dilihat berminat untuk menggantikan Google pada pelayar web Safari. Memandangkan Safari merupakan pelayar web utama pada komputer OSX, iPhone dan iPad, ia sekaligus menjadikan Google sebagai enjin carian utama pada peranti-peranti tersebut.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Apple akan menggantikannya ataupun tidak. Tetapi akhir-akhir ini mereka telah mengurangkan produk-produk Apple pada peranti mereka, termasuk menggantikan Google Maps, dan membuang YouTube.

Apa pun, pada masa yang sama, Apple sering mengutamakan pengalaman pengguna, dan tidak diketahui dibawah Tim Cook ini menggantikan Google akan memberikan pengalaman penggunaan yang baik kepada pengguna – terutamanya bagi mereka yang berada di luar Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd