Cari @ Amanz

Momentum penghasilan jam pintar semakin bertambah sejak akhir-akhir ini dan dijangka semakin popular apabila Apple Watch mula dijual tahun hadapan. Antara sebab mengapa jam pintar semakin popular ialah terdapat puluhan muka jam yang boleh dimuat turun oleh pengguna mengikut kehendak mereka. Tidak seperti jam biasa, anda tidak terhad kepada hanya satu rupa muka jam. Kerana rekaan skrinnya yang hampir serupa dengan jam biasa, Moto 360 mempunyai puluhan muka jam mewah yang boleh dimuat turun. Moto 360 yang dimiliki kini boleh kelihatan seperti jam mewah Rolex dan Richard Mille tanpa anda perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jam sebenar.  Tidak mengejutkan ini membuatkan pengeluar jam tangan mewah tidak berpuas hati.

MOto-360-Omega

Laman Torrentfreak melaporkan pengeluar jam tangan mewah IWC, Panerai, Omega, Fossil, Armani, Michael Kors, Tissot, Certina, Swatch dan Mondaine kini secara aktif menghalang muat turun muka jam mereka pada jam pintar. Ini adalah kerana muka jam dan logo syarikat yang dipamerkan pada versi digital adalah harta intelek serta tanda dagang terpelihara Beberapa laman yang menawarkan muat turun muka-muka jam jenama di atas diarahkan membuangnya dalam masa 24 jam sebelum menerima tindakan guaman.

Isu rekaan muka jam yang diciplak ini bukanlah perkara baru. Pada tahun 2012 Apple dipaksa membayar  RM 70 juta kepada Swiss Federal Railway kerana rekaan muka jam analog IOS 6 didapati meniru rekaan jam yang digunakan syarikat keretapi tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd