Cari @ Amanz

Selama turun temurun wanita berambut perang menjadi bahan jenaka kerana mereka dikatakan bodoh. Antara jenaka yang paling kerap didengar ialah kisah seorang setiausaha wanita berambut perang merosakkan sebuah mesin fotostat di pejabat. Kaca pada kawasan imbasan mesin tersebut retak. Apabila majikan beliau bertanya bagaimana mesin tersebut rosak si rambut perang berkata “saya letakkan skrin komputer pada mesin fotostat untuk mencetak dokumen yang boss mahukan”. Kisah ini mungkin kedengaran seperti fiksyen tetapi sebenarnya pernah berlaku di dunia sebenar. Tetapi kami tidak menyangka idea “bodoh” wanita berambut perang kini menjadi inspirasi untuk sebuah mesin pencetak gambar peranti pintar.

SnapJet-1

SnapJet ialah mesin pencetak yang direka khas untuk sebuah peranti pintar. Anda tidak perlu menyambungkan peranti kepada SnapJet ataupun memindahkan gambar kedalamnya untuk mencetak gambar. Anda hanya perlu meletakkan peranti pada kawasan imbasan SnapJet dan ia akan mencetak gambar Polaroid terus dari paparan skrin peranti. Kerana tiada kekangan sistem operasi dan protokol Bluetooth, SnapJet boleh digunakan untuk mencetak gambar dari kesemua peranti mobil yang wujud di pasaran. Filem yang digunakan pula adalah dari Fuji Instax yang mudah diperolehi di pasaran. Harga jualan bermula dari $99 untuk versi biasa. SnapJet masih mengumpul dana untuk pengeluaran pada skala penuh. Ia dijangka akan mula dijual Disember 2015. Jika anda berminat anda boleh menyokong projek ini di laman Kickstarter mereka.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd