Cari @ Amanz

YotaPhone telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Kami masih tidak mengetahui akan bagaimanakah permintaan untuk peranti tersebut di Malaysia, dan masih tidak menjumpai sesiapa yang menggunakannya sehingga ke hari ini. Apa pun, ia tidak menghentikan pihak Yota untuk terus hadir dengan generasi baru peranti mereka.

YotaPhone 2

YotaPhone yang telah dilancarkan di Malaysia merupakan telefon generasi lama, dan pihak Yota sedia memperlihatkan telefon generasi baru mereka pada bulan Februari lepas. Kini, selepas beberapa bulan, pihak Yota akhirnya bersedia untuk melancarkannya, dan menjadualkan tarikh 3 Disember untuk pengumuman rasmi.

YotaPhone memfokuskan kepada peranti dwi-skrin, dimana skrin kedua menggunakan paparan yang menggunakan tenaga bateri rendah, sekaligus memudahkan pengguna sekiranya ingin membaca ataupun mengikuti kemaskini notifikasi menggunakannya.

YotaPhone 2 dijangka akan membawa lebih kawalan pada skrin kedua, disamping mungkin dilengkapi dengan skrin berwarna.

Pelbagai fungsi baru yang dibawakan pada peranti tersebut dijangka akan dikongsikan pada minggu pertama Disember. Mungkinkah pengumuman YotaPhone 2 ini akan menjadikan pengguna lebih tertarik dengan peranti dwi-skrin ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd