Cari @ Amanz

Viber hari ini telah pun memperkenalkan Viber Public Chat yang mana membolehkan para pengguna mengikuti perbualan harian oleh organisasi atau selebriti yang diminati mereka. Ia merupakan sebuah fungsi eksperimental baru, dan ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS buat masa ini.

Bercakap ketika pelancaran rasmi di Malaysia, pihak Viber turut berkongsi mengatakan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 8.5 juta pengguna berdaftar di Malaysia, dan pada peringkat global, Viber digunakan oleh 12% daripada pemilik peranti mudah-alih pintar.

Viber turut akan memperluaskan Viber Public Chat ini ke platform lain, dan ia dilihat akan dimulakan dengan pengenalan Viber Public Chat untuk desktop tidak lama lagi.

Pihak Viber turut dikatakan mempunyai perancangan menarik untuk tempoh 12 bulan akan datang. Kini, dibawah syarikat Rakuten, pihak Viber dilihat turut akan menyertakan sokongan permainan pada aplikasi mereka – lebih kurang seperti kebanyakkan aplikasi permesejan daripada Asia.

Viber mengatakan mereka bakal memperkenalkan kemaskini dengan sokongan Viber Games Store untuk pengguna peranti mudah-alih tidak lama lagi. Namun, tarikh untuk pengenalannya masih tidak diumumkan buat masa ini.

Viber Public Chat

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd