Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran pusat khidmat Xiaomi di Plaza Lowyat, pihak Xiaomi turut sama mengumumkan sebuah lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Redmi Note 4G. Ia merupakan kemaskini kepada keluarga Redmi Note sebelum ini, tetapi hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Xiaomi Redmi Note 4G

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 4G ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci HD IPS, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.6Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3100mAh. Selain daripada perubahan sokongan rangkaian, beberapa perkara lain yang turut dikemaskini adalah dimana Redmi Note 4G hanya hadir dengan sokongan satu SIM, dan turut didatangkan bersama-sama Android 4.4 menggunakan MIUI 5.

Pihak Xiaomi mengatakan ia akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula bulan Disember kelak, dan seperti biasa akan dijual melalui web rasmi Mi.com.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd