Cari @ Amanz

Cadillac-Video-1

Cermin paparan belakang ialah alat yang perlu ada pada kesemua kenderaan beroda empat. Ia diperlukan bagi memastikan tidak ada objek akan dilanggar ketika bergerak kebelakang.Di Cadillac mereka bercadang menggantikan kesemua cermin pandang belakang kenderaan buatan mereka dengan skrin LCD sudut lebar menjelang tahun hadapan. LCD TFT dengan resolusi 1280x 280 pixel akan dipadankan dengan kamera resolusi HD yang dipasang pada belakang kenderaan. Apakah kelebihan menggunakan sistem baru ini berbanding cermin biasa? Pertama sekali ia menambahkan sudut pandangan belakang sebanyak 300%. Ini sekaligus menyelesaikan masalah titik buta di belakang kenderaan. Paparan LCD juga lebih jelas dan tidak terkesan apabila hujan ataupun salji. Cermin belakang kenderaan yang kotor tidak akan mengganggu pandangan pemandu. Masalah penumpang belakang yang menghalang pemandangan juga turut diselesaikan. Sistem ini masih boleh berfungsi seperti cermin belakang biasa sekiranya kamera yang digunakan rosak hanya dengan menekan suis khas. Kenderaan pertama Cadillac yang akan menggunakan sistem ini ialah Cadillac CT6.

Cadillac-Video-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd