Cari @ Amanz

Terdapat sejumlah aplikasi dan perisian yang membolehkan anda menggunakan iPad sebagai skrin kedua untuk komputer Mac anda. Terkini, satu lagi aplikasi dengan fungsi yang lebih kurang sama adalah Duet Display.

Duet Display menggunakan sambungan melalui wayar, sekaligus mengelakkan sebarang lengah-masa dalam penggunaan skrin kedua. Ia turut membolehkan anda menggunakan fungsi paparan resolusi tinggi ke iPad anda melalui Mac dengan menggunakannya.

Duet Display

Untuk menggunakan Duet Display ini, pengguna perlu memasang aplikasi khusus pada iPad yang berharga $9.99, dan turut memasang perisian Duet Display pada Mac yang ditawarkan secara percuma.

Bagi anda yang banyak membuat pembangunan, ataupun inginkan sebuah skrin kedua untuk Macbook anda, mungkin boleh mencuba Duet Display ini, dan menggunakan iPad anda sebagai skrin kedua untuk Macbook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd