Cari @ Amanz

InstaFagsDunia dipenuhi pelbagai masalah seperti Ebola, ekonomi merudum akibat kejatuhan harga minyak dan ancaman pemanasan global. Masalah ini akan menghantui seluruh manusia dalam masa terdekat. Tetapi semalam ribuan pengguna Instagram dilihat melepaskan kemarahan mereka di akaun rasmi Instagram. Kemarahan berlaku akibat tindakan Instagram memadan akaun-akaun bot dan spam yang membanjiri laman mereka. Tindakan pemutihan ini diharap dapat mengurangkan masalah iklan tidak berbayar yang sering membanjiri ruangan komen. Niat murni Instagram ini sebaliknya mendapat reaksi negatif dari ribuan pengguna yang marah kerana kehilangan pengikut di media sosial popular ini. Pelbagai cacian dan kata-kata kesat dihamburkan kepada pihak Instagram dengan beberapa pengguna menggesa mereka mengembalikan semula “pengikut- pengikut” yang dipadam.

Kegilaan mengumpul pengikut di laman sosial adalah fenomena aneh yang saya langsung tidak fahami. Apakah keistimewaan mempunyai ramai pengikut di lama sosial? Saya kerap ditanya apakah perasaan mempunyai puluhan ribu pengikut di akaun media sosial. Ikhlas saya katakan tidak terasa apa-apa kerana mereka tidak membuatkan saya rasa lebih beriman, kacak, kurus dan lebih berkasta dari anda semua. Malah saya akui ribuan pengikut lebih memberikan kesakitan mental kerana terpaksa membalas ribuan mention di kesemua akaun yang dimiliki. Apabila tidak dijawab akan dilabel sombong. Apabila dijawab dikatakan menggatal (kalau wanita) ataupun kaum nabi Luth (kalau lelaki). Oleh sebab itu sejak kebelakangan ni saya mengurangkan aktiviti di media sosial dan menumpukan perhatian kepada kerja. Kerjalah yang memastikan anak dapat minum susu, bil berbayar, minum Starbucks setiap pagi dan isteri dapat membeli iPhone terkini. Ribuan pengikut palsu yang dikumpul seperti Pokemon sebenarnya tidak menyumbang kepada kesihatan bank akaun anda.  Kemarahan yang dilihat akibat akaun hilang ribuan pengikut ini memang sah sebuah masalah dunia pertama.

Sekiranya kemarahan yang ditunjukkan ini disasarkan kepada masalah dunia yang lebih memerlukan bantuan seperti ketidak adilan sosial sesungguhnya tamadun manusia pastinya akan lebih berjaya. Melihat komentar penuh cacian akibat kehilangan pengikut laman sosial membuatkan saya merasa seperti mahu mentelapak muka tanda kecewa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd