Carian
Lenovo Vibe X2 Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan – Berharga RM1199, Dwi-SIM
December 5, 2014 Aman

Lenovo Malaysia kini telah pun menjadualkan sebuah acara pelancaran khas pada minggu hadapan, dimana mereka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka dengan rekaan kerangka berlapis, dinamakan sebagai Vibe X2.

Lenovo Vibe X2

Telefon pintar ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya ketika IFA 2014 yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 2.0Ghz, memori 2GB RAM, kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2

Peranti ini menggunakan Android 4.4 KitKat, dan turut dilengkapi antaramuka khusus daripada Lenovo dinamakan Vibe UI. Lenovo turut dilihat menyertakan beberapa fungsi khusus untuk selfie bersama-sama telefon pintar ini.

Beberapa aksesori turut dijangka akan diumumkan oleh Lenovo bersama-sama dengan pengenalan peranti ini kelak pada minggu hadapan.

Lenovo Vibe X2 yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah versi dwi-SIM, dan akan dijual pada harga RM1199.

Komen