Cari @ Amanz

Nokia Lumia 520 telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan April 2013 yang lepas, dan sejak daripadanya, ia telah menerima kemaskini Amber, Black dan Cyan. Bermula hari ini, pengguna di Malaysia juga telah mula menerima kemaskini Lumia Denim untuk peranti mereka.

Nokia Lumia 520

Kemaskini Lumia Denim ini menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan untuk menyusun sejumlah Tiles dalam bentuk folder pada Start Screen, pemprosesan rakaman gambar yang lebih baik, penggunaan aplikasi Lumia Camera, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat, dan bagi pengguna Lumia 520 di Malaysia, anda boleh menyemak kemaskini tersebut dengan ke halaman Settings > Phone Update hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd