Cari @ Amanz

Clip ArtFungsi Clip Art yang hadir terbina pada perisian Microsoft Office merupakan salah satu perkara yang digunakan ramai didalam dokumen dan persembahan suatu ketika dahulu. Tetapi, dengan arena web dan internet, ramai yang mula tidak menggunakannya, dan lebih aktif menggunakan gambar daripada carian web didalam dokumen mereka.

Microsoft sendiri sebelum ini pada Office 2013 telah membuat perubahan untuknya, dimana pengguna perlu menggunakan pilihan Office.com Clip Art untuk menyertakan gambar clip art pada dokumen mereka. Kini, ia ditamatkan, dan Microsoft menggantikan ia dengan penggunaan Bing Images.

Microsoft mengatakan pelbagai gambar yang akan ditawarkan adalah menggunakan lesen Creative Commons yang sesuatu untuk penggunaan peribadi dan juga komersial. Ia juga akan membawakan gambar-gambar terkini yang lebih relevan, disamping memperlihatkan dokumen dan persembahan lebih profesional berbanding kebiasaan.

Apa pun, gambar yang ditawarkan adalah bukan berbentuk vektor seperti Clip Art. Namun, ia mungkin tidak menjadi masalah untuk kebanyakkan pengguna pada hari ini.

Bagi anda, adakah akan merindui kehilangan Clip Art pada Microsoft Office ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd