Cari @ Amanz

Setiap hari Jumaat, setiap lelaki Muslim wajib menunaikan solat Jumaat. Sebelum khutbah dimulakan kita diingatkan supaya tidak berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah kerana sekiranya tidak maka sia-sialah pahala jumaat kita. Di sekitar masjid turut diletakkan papan tanda supaya mematikan akan menyenyapkan deringan telefon. Sungguhpun begitu masih kerap didengari telefon berdering ketika kita bersolat.  Ramai juga yang bermain Twitter ketika khutbah disampaikan.

241947C200000578-2876243-Father_Michele_Madonna_finally_flipped_after_he_found_his_servic-a-18_1418751729696 (1)

Father Michele Madonna, seorang paderi dari Naples Itali bosan dengan masalah gangguan telefon ketika beliau berkhutbah di Gereja Santa Maria di Montesanto. Oleh sebab itu beliau memasang alat penyekat isyarat telefon di dalam gereja beliau. Alat ini dipasang selepas mendapat kebenaran dari pihak polis tempatan. Menurut Father Michele Madonna tindakan jemaah yang tanpa segan silu bercakap ketika beliau menyampai khutbah adalah tidak boleh dimaafkan terutamanya ketika upacara pengebumian. Masalah telefon berdering di dalam gereja kini dapat diselesaikan tetapi ia membawa masalah baru pula. Penyekat isyarat telefon yang dipasang kini didakwa menyekat isyarat kawasan di luar gereja. Pemilik kedai di sekeliling gereja merungut kerana tidak dapat menggunakan telefon mudah alih mereka dan mahu Father Michele Madonna menanggalkan alat penyekat isyarat telefon itu secepat mungkin.

Kita bernasib baik di Malaysia ahli jawatankuasa masjid dan imam masih belum menggunakan teknik Father Michele Madonna untuk mengelakkan gangguan ketika beribadah. Tetapi adakah tindakan paderi ini munasabah untuk menghormati kesucian rumah ibadah ataupun menjengkelkan? Apa pendapat anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd