Cari @ Amanz

U Mobile sebelum ini telah memulakan promosi dalam menarik lebih kurang 2 juta pelanggan ke perkhidmatan mereka. Kini, U Mobile mengatakan telah mencapai sasaran berkenaan, dan untuk menyambutnya, pihak U Mobile menyediakan beberapa promosi khas untuk pelanggan mereka.

UMobile Vision 2 Juta

Bersempena dengannya, dua perkara diberikan secara percuma oleh pihak U Mobile. Pertamanya adalah panggilan ke talian U Mobile lain tanpa had secara percuma sepanjang hari pada 18 Disember ini, dan satu lagi adalah akses internet tanpa had secara percuma pada tarikh yang sama.

Menurut U Mobile, mereka tidak akan mengurangkan kelajuan internet pada tarikh tersebut, dan menawarkan akses tanpa had pada tarikh tersebut. Pengguna hanya perlu memastikan akaun mereka aktif pada tarikh berkenaan – dan ia boleh digunakan oleh pengguna pra-bayar, pascabayar dan juga U Mobile Broadband. Tiada kuota akan dipotong daripada langganan data anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd