Cari @ Amanz

WikipediaDengan pelbagai syarikat internet mengeluarkan statistik tahunan, kini dilihat pihak Wikipedia turut menyertainya untuk tahun 2014 ini, dan memperlihatkan pelbagai artikel popular yang dibaca dan disunting oleh orang ramai pada perkhidmatan mereka.

Wikipedia merupakan salah satu ensiklopedia dalam-talian terbesar didunia, dan ia merupakan laman ke-5 paling ramai diakses di seluruh dunia. Melalui video yang diterbitkan mereka ini, Wikipedia memperlihatkan pelbagai artikel yang menjadi perhatian ramai, termasuk berkaitan MH370, Winter Olympics, FIFA World Cup, pilihan raya di beberapa buah negara, konflik Israel-Gaza, ISIS, pelbagai artikel berkaitan filem, dan beberapa perkara berkaitan sains dan juga perubahan iklim.

Wikipedia mengatakan lebih daripada 100 juta suntingan telah dilakukan pada Wikipedia sepanjang tahun 2014 ini, dan lebih 3 juta artikel telah ditambah ke laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd