Cari @ Amanz

Disamping membawa masuk beberapa komputer riba dengan spesifikasi baru, serta Acer Switch 12, pihak Acer juga dilihat telah mula menawarkan komputer riba memfokuskan permainan mereka, iaitu Aspire V Nitro Black Edition dalam variasi 17-inci di pasaran Malaysia.

Aspire V Nitro Black Edition dalam variasi 17-inci ini membawakan penawaran lebih kurang sama seperti versi 15.6-inci iaitu cip Intel Core i7-4710HQ, paparan resolusi HD penuh 1920x1080p, dan turut dilengkapi dengan ruangan storan 1TB + 8GB SSHD.

Membezakan dengan variasi 15.6inci, pihak Acer turut menaik-taraf memori kepada 16GB DDR3L, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M dengan 4GB GDDR5 VRAM, dan sokongan pemacu Blu-ray.

Aspire V Nitro

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM4299. Daripada perbualan ringkas kami dengan pengedar D’Fusion sebentar tadi, mereka telah mengambil pra-tempahan untuknya bermula hari ini, dan ia akan ditawarkan dalam masa seminggu. Bagi anda yang sedang mencari komputer riba memfokuskan multimedia ataupun inginkan komputer riba dengan kuasa pemprosesan tinggi, mungkin boleh mencuba dan membandingkan ia dengan komputer riba lain.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah variasi dengan sokongan Intel RealSense 3D yang diumumkan ketika CES 2015 akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd