Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, menggantikan telefon Zenfone 4 sebelum ini, dan dikenali sebagai Zenfone C. Asus mengatakan tiada sebab khusus mengapa mereka memilih nama tersebut – berkemungkinan untuk menjenamakannya sebagai sebuah peranti berbeza dan tidak tertukar dengan Zenfone 2 yang diumumkan baru-baru ini.

Asus Zenfone C

DSC_1452

Asus Zenfone C (ZC451CG) membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 480×854 pixel dengan panel berasaskan IPS, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 0.3-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB, dan sokongan mikro-SD. Untuk bateri ia menyertakan bateri berkapasiti 2100mAh, dan dijana menggunakan Android 4.4 KitKat serta antaramuka ZenUI.

Asus Zenfone C ini akan dipasarkan di Malaysia bermula awal Februari 2015 ini pada harga RM349.

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

Asus Zenfone C

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd