Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Asus Zenfone 2, pihak Asus turut sama mengumumkan sebuah peranti variasi dibawah keluarga Zenfone dan memfokuskan kepada mereka yang gemar merakamkan gambar, dikenali sebagai Asus Zenfone Zoom.

Asus Zenfone Zoom

Asus Zenfone Zoom

Zenfone Zoom ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, menggunakan Android 5.0 Lolipop, dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti pada Zenfone 2 yang diumumkan hari ini.

Namun, berbeza dengan Zenfone 2 yang ditujukan kepada pengguna umum, Zenfone Zoom pula ditujukan kepada mereka yang meminati dunia fotografi. Ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel yang boleh di zoom secara optikal sehingga 3 kali. Perkara ini sekaligus menjadikan Asus Zenfone Zoom ini sebagai peranti dengan sokongan zoom optikal yang paling nipis di pasaran pada hari ini.

Asus Zenfone Zoom

Asus Zenfone Zoom

Asus Zenfone Zoom

Disamping itu, Asus Zenfone Zoom juga turut hadir dengan sokongan OIS (Penstabilan Imej Optikal), dan juga Laser Autofokus.

Zenfone Zoom ini akan dijual bermula suku kedua 2015 ini pada harga $399 (~RM1420).

Asus Zenfone Zoom

Asus Zenfone Zoom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd