Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah mula memasarkan beberapa produk mereka dengan agresif, dan kini dalam menampung dan memberikan pengalaman baik kepada para pelanggan mereka, Huawei mengumumkan pelancaran Huawei Exclusive Service Center pertama yang terletak di Plaza Berjaya, Kuala Lumpur.

Huawei Center

Plaza Berjaya terletak bertentangan dengan Berjaya Times Square, dan memandangkan ia merupakan salah satu kawasan yang dikunjungi ramai, maka pembukaan pusat khidmat eksklusif ini boleh dikatakan agak strategik.

Di pusat khidmat eksklusif ini, pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat, menghantar peranti untuk dibaiki, dan pada masa yang sama mencuba peranti dan juga mendapatkan aksesori untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh berkunjung ke Pusat Khidmat Eksklusif Huawei ini yang memfokuskan kepada para pelanggan umum di tingkat pertama Plaza Berjaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd