Cari @ Amanz

kidlid-hero

Kita kini hidup di zaman serba IT dan kanak-kanak seawal enam bulan sudah diperkenalkan kepada penggunaan peranti. Saya sendiri menggunakan iPad untuk mengajar anak abjad dan nombor. Kadang kala walaupun dibiarkan sekejap peranti menjadi kotor kerana terkena air liur dan muntah susu si kecil. Oleh itu saya membeli cangkerang kalis air melindungi tablet dari rosak. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai komputer riba dan si kecil turut mahu menggunakannya? Setiap tahun jutaan dollar dilaporkan dibelanjakan oleh ibu bapa bagi memperbaiki komputer riba, tablet dan telefon pintar yang rosak akibat digunakan oleh anak mereka. Setahu saya tiada cangkerang khas di pasaran yang mampu melindungi kekunci dari menjadi mangsa serangan bendalir anak kecil.

Kid Lid ialah penutup yang direka khas untuk melindungi kekunci dan pad sesentuh komputer riba ketika digunakan oleh kanak-kanak. Ia diselitkan di antara skrin dan menutup dua bahagian sensitif ini. Terdapat dua versi yang dipasarkan. Versi pertama ialah Kid Lid plastik dan versi kedua ialah Kid Lid yang boleh dilipat seperti Smart Cover sebuah iPad. Kid Lid direka khas untuk sebuah Macbook tetapi sesuai digunakan oleh kesemua komputer riba. Bila bayi saya dah cukup besar dan mahu menggunakan komputer riba Kid Lid mungkin akan saya pertimbangkan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd