Cari @ Amanz

Pengodaman dalam arena siber bukan sesuatu yang baru. Terkini, laman MalaysiaAirlines, digodam oleh sepasukan pengodam yang mengelarkkan diri merka sebagai Lizard Squard.

MalaysiAirlines

Sehingga kini, laman utama untuk MalaysiaAirlines masih belum digantikan lagi, dan masih memaparkan mesej daripada pengodam. MalaysiaAirlines, melalui Twitter mereka memberitahu yang mana mereka sedia maklum akan mengenai perkara ini, dan sedang dalam proses membaik-pulih. Sementara itu, pihak MalaysiaAirlines berkongsi pautan terus untuk mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan mereka.

Bercakap mengenai Lizard Squad, mereka sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa siri pengodaman, termasuk melibatkan EA Games, Xbox Live, Sony Play Station Network dan beberapa yang lain.

Kemaskini: MAS dalam kenyataan melalui laman Facebook mengatakan perkhidmatan mereka akan kembali pulih dalam masa kurang 22 jam lagi. Mereka mengatakan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak Cybersecurity Malaysia. Pada masa yang sama MAS mengatakan tiada sebarang info pengguna yang tertiris kerana godaman ini, namun sebaliknya pihak Lizard Squad yang mengodam mengatakan sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd